CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 19 August 2013

Selamat Hari Lahir



Selamat Hari Lahir, sayang!!






Yup! She is officially two, now!

Mama happy untuk kamu. Mama dan papa excited beli kek untuk kamu. Since papa cuti on that day, papa willing to masak kari laksa (just a bit different for normal day – makan nasi). Mama manage to get a small crown for you. Eh, sapa yang excited neh??





Mama doakan yang terbaik untuk kamu. Walau jauh dalam sudut hati mama, mama tak nak la kamu besar cepat sangat. Banyak lagi moment2 best yang mama nak spend dengan kamu.

Thursday 11 July 2013

dua haribulan Ramadhan



Hari pertama berpuasa sangat indah. Sangat mengagumkan. Sangat bersyukur. Apa yang sangat-sangat dibimbangkan tidak berlaku. Nak makan banyak, takut muntah. Nak makan sikit, takut lapar.

Tapi tuhan itu Maha Mengetahui. Dia tahu yang terbaik untuk hambanya.

Alhamdullillah. Hari pertama ramadhan dilalui dengan lancar.
Alhamdullillah badan dan perut tahan sampai ke petang.

Paling indah bila dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Ohh itu lah nikmat nya bila duduk berjauhan dari ibu bapa. Kita belajar berdikari. Nak tunggang terbalik semua tanggung sendiri. Tapi itu yang membuatkan kita semakin rapat. Perasaan rindu yang wujud akan membuatkan kita lebih menghargai masa kalau dapat bersama, yeah!   

Dan pagi tadi bila bangun sahur terdengar bunyi hujan…hati merasa…arghhhh…sayu sekali. Tuhan sedang menurunkan rezeki nya. Syukur sekali lagi.  



Wednesday 10 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan








Semoga hati ini tidak leka dari mengingati mu

Semoga bibir ini tidak henti alunkan zikir mu

Semoga diberi kekuatan. 
Semoga diberikan ketabahan untuk Ramadhan kali ini.

Tuesday 30 April 2013

Terima Kasih, Sahabat ~!

Hati sudah mula berbelah bahagi. Nak ke tak nak.

Ikutkan hati, dah mula rasa tawar. Dulu ada gak manis nya.

Tapi pagi ni satu orang kawan dah kasi sentap sama hati ni. Tak banyak pun ayat nya. 2 – 3 baris je. Tapi sudah cukup untuk membolak balik kan hati ni.

Keputusan untuk “taknak” seratus peratus itu akan dipertimbangkan semula. Sudah mula menjadi 50 -50. Mudahnya goyah hati ni kan?

Dia kata “Jangan give up”


Ohhh I’m give up…?? Bukan kah aku sorang yang suka melawan? Fight sampai dapat apa yang aku nak.

Dulu,, I did my master program dengan environment yang tidak berapa nak supportive sangat pun. Tapi Alhamdullilah, I manage to get the scroll on time.

Hari tu, when my husband kursus for 6 weeks pun, Alhamdullilah, I manage to handle my baby – alone.  
So, apa lah sangat dengan cabaran kali ni kan?

Ya..i’m independent woman.






Tapi…

Ehhh….kenapa mesti ada tapi..??

Wednesday 10 April 2013

Aku Yang Kehilangan




keyboard,anger quote,problem solution quote,tension,life management ,Happiness- Inspirational Quotes, Motivational Thoughts and Pictures


Hati malas. Jiwa kosong.
Pandang fail. Tak ada perasaan.
Pandang computer. Tak  ada perasaan.
Pandang insan – insan sekeliling pun tak ada perasaan juga.

Hati tak keruan.  Resah tak menentu.

Nak bercakap. Tak tahu nak cakap apa.
Nak berfikir. Tak tahu nak memikirkan apa.

Pada hal banyak je perkara yang boleh diperkatakan. Yang boleh difikirkan.
Tapi tu la..
Ingin memikirkan sesuatu yang indah – indah sahaja.
Ingin berbicara tentang perkara yang seronok sahaja.

Ahh hati..!!
Sebenarnya ada yang kau pendamkan kan?
Ada yang kau sembunyikan kan?


<Saat ini aku ada di office>.

Thursday 28 March 2013

Penat



Banyak betul rasanya nak diperkatakan. Tapi bila dah sampai masa, tak terluah la pulak. Lately ni aku lebih banyak memperhatikan orang dari bercakap. Badan penat. Otak penat. Hati pun penat. So, mulut pun takde  mood nak bercakap. Cakap dalam hati jek.

Tiap – tiap hari bila bangun pagi, mesti berharap yang hari itu adalah hari weekend. Setidak – tidak nya ia adalah hari Jumaat. 



Tiap – tiap hari aku berharap yang aku tak payah bangun nak pegi kerja. Arghhh aku harap aku tidak termasuk dalam orang yang tidak tahu bersyukur. Dah ada kerja. Tapi tak nak kerja.

Dan mula lah tiap – tiap hari aku fikir, owh alangkah best nya kalau aku ada bisness sendiri. Kerja dari rumah. Masa yang lebih flexible. Boleh habiskan lebih masa dengan Azzalea si tomey2.

Hmmm… insya allah…