CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 28 March 2013

Penat



Banyak betul rasanya nak diperkatakan. Tapi bila dah sampai masa, tak terluah la pulak. Lately ni aku lebih banyak memperhatikan orang dari bercakap. Badan penat. Otak penat. Hati pun penat. So, mulut pun takde  mood nak bercakap. Cakap dalam hati jek.

Tiap – tiap hari bila bangun pagi, mesti berharap yang hari itu adalah hari weekend. Setidak – tidak nya ia adalah hari Jumaat. 



Tiap – tiap hari aku berharap yang aku tak payah bangun nak pegi kerja. Arghhh aku harap aku tidak termasuk dalam orang yang tidak tahu bersyukur. Dah ada kerja. Tapi tak nak kerja.

Dan mula lah tiap – tiap hari aku fikir, owh alangkah best nya kalau aku ada bisness sendiri. Kerja dari rumah. Masa yang lebih flexible. Boleh habiskan lebih masa dengan Azzalea si tomey2.

Hmmm… insya allah…