Okey. Azza sudah 6 bulan. Maka bertambah lah satu lagi rutin dalam hidup.
Masak. Untuk Anak.
Okey. Saya bukan lah pandai masak sangat pun. Tapi sekurang - kurangnya saya ada niat utk membuatnya. Maka bermula lah sesi menyelak buku - buku resepi, internet, bertanya sahabat dan keluarga demi mencari resepi apakah yang sesuai untuk baby. Excited tawww...!!
Okey. Penat sekarang makin menjadi - jadi. Hujung minggu yang diharapkan boleh menjadi hari untuk bersantai - santai, sekarang sudah tidak ada lagi. Aktiviti harian agak padat. Hari yang sepatutnya digunakan untuk bermanja - manja dengan orang tersayang, tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Semuanya gara - gara kerja rumah plus persediaan untuk baby. Weekdays.? Balik kerja, lepas makan, masa seterusnya digunakan untuk menyediakan food baby. Gigih giler kan..? Owh ya, skarang azza dah bawa bekal pegi rumah Kak Jun..;)
Arghhh tension, okeh..!
Lebih tension bila kita klentang klentung di dapur, ada orang senang lenang tengok cerita Bleach. Lebih tertekan bila kita tengah masak di dapur, tetiba berlari ke depan umah nak sidai baju, pastu separuh jalan masuk dapur balik tengok - tengok takut kalau ada yang hangus, pastu sambung sidai baju - tapi ada orang galak ngadap internet. Memang la tak selalu. Tapi bila situasi itu berlaku, maka mula lah rasa nak nanges. Bengang dan segala macam rasa. Mula lah rasa mcm nk hempas - hempas barang, walaupun ketika tu tengah masak. ( Tp terus igtkan diri sendiri. Ini smua utk keluarga.) Tp kadang-kadang tu terlepas jugak. Tak bleh tahan.
Okeh. saya stress.
Nasib baik, pastuh bawak jalan - jalan. Pergi Ikea. Takpun One Utama. Takpun Tesco. Temperature meradang menurun walaupun untuk Seketika saje.
*** Nak update gambar. Tapi tak bleh sbb internet leeemmmmmb**
saya nak kata - Dia tetap yang terbaik. Cuma kadang - kadang je buat hal.