CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 8 January 2013

Oh hati…Jangan lah kau berputus asaaa…!!!!



Saat itu
Ketika hanya selangkah sahaja lagi,
Kami akan memilikinya
Tapi kami lepaskan

Saat itu
Ketika segala usaha dicurahkan
Seperti seakan ada harapan yang diberikan
Tapi rupanya hanya tinggal harapan




“Bila Allah cepat Makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan Doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNYA…”




Ya.
Kadang – kadang kami hampir berputus asa.

 

Monday, 7 January 2013

Tantrum



What is a tantrum?

" A tantrum is most likely when a load of frustration -- often spiked with fear or anxiety -- builds up inside the toddler until she is so full of tension that only an explosion can release it..."



What happens during a tantrum?

" Children's behaviour during a full-blown tantrum varies, but your particular child will probably behave similarly each time: she may rush around the room,wild and screaming. Remember that she is out of control, so anything movable that happens to be in her path will be knocked flying. If you do not protect her, she may even crash into solid walls and heavy furniture. She may fling herself on the floor, writhing, kicking and
screaming as if she were fighting with demons. Anyone who gets within range is likely to get kicked -- so be careful if you try to pick her up. She may scream and scream until she makes herself hoarse; makes herself retch; even makes herself throw up.."


Source :http://www.babycenter.com.my 
 

Aku rase Aza sedang dalam stage Tantrum.

Sikit – sikit nak mengamuk. Pantang nampak orang tutup pintu, Pantang kalau kita tak bagi dia suap makan sendiri. Pantang kalau kita dukung dia time bawak dia keluar jalan – jalan.

Terus nangis guling – guling. Keluar air mata segala bagai. Tapi bila kita bagi apa dia nak, otomatik senyap sambil buat muka tak bersalah.

Sebab?

Sebab dia nak ikut kita keluar. Sebab dia nak makan suap sendiri. Sebab dia nak jalan.

Ok. Symptom – symptom ini telah membuatkan aku geram.

Apa yang aku buat?
Cuba bertolak ansur mana yang boleh. 
Tak mahu terlalu memanjakan dia sangat. 
Pada masa yang sama tidak mahu menghalang development otak dia.
Pada masa yang sama, tak mahu dia rasa takde orang caring kat dia. Chewwahh~




 

Ah sangat mencabar rasanya.

Friday, 4 January 2013

Intellectual Property

Hari ini hari Jumaat. So, aku decide nak cerita something dengan korang. Korang nak dengar tak..?? ekekeke…

Ok.

Pernah dengar Harta Intelek? Atau dengan bahasa glamer nye Intellectual Property?

Arhh..!! Tau dah. Korang semua mesti tak tau.

So, dengan rendah diri nya, aku nak share knowledge aku yang sedikit ini kat korang. Tak per kan..??


Macam ni lahh…korang pernah nampak benda – benda ni tak..?









***pictures from google***

Ha..itu baru sikit. Ada macam - macam jenis lagi. Ini adalah antara perkara – perkara penting dalam IP ni. Eh pentinggggg tauuu!!! Tak percaya..? Pegi tanya boss i.

Kenapa aku kata penting..?

Ok..macam ni la. Cuba bayang kan. Korang ni punya la tonggeng terbalik fikir mencipta nama untuk produk korang.Nak dijadikan cerita, setelah berhempas pulas, produk korang tu meketup-letup di pasaran. Mesti la korang bangga and of coz korang dah kaya time tuh kan?

Tiba – tiba..

Satu hari korang ternampak ada orang jual produk korang d tepi kaki lima… owh hati sekarang hancur berderai-berderai… Korang penat – penat keluar peluh, tapi orang lain yang dapat nama. Tak guna betul kan..!!

apa yang korang akan buat? Saman..? Eh korang ada register ke produk korang tu..? Suka – suka nak saman orang lain pulak. Korang ada bukti secara undang – undang ke yang menunjukkan produk tu produk korang?

Ha…Di sini lah letaknya kepentingan IP tu..

Moral nya…register la produk anda. Korang boleh register trademark. Takpun korang register la bentuk produk korang tuh.

ok... sekarang..dah faham belum, apa itu IP?

Belum..?
Takpe nanti i explain lagi ye. Kalau i explain banyak - banyak terus.....confirm korang akan makin tak faham...ekekeke

Sekian perkongsian ilmu untuk hari ini. ;)

Thursday, 3 January 2013

Episode : Hilang


Bangun pagi dengan rasa semangat. Semangat membara nak pergi office. Ok. Itu ada lah sangat tidak benar. Takde makna nya nak rasa ada perasaan tu sekarang ni. Selagi boss sebenar tak balik dari bercuti, selagi tu lah kami rasa tersiksa. Kihkihkih.


Hakikatnya, aku pergi office pagi tadi dengan perasaan biasa – biasa saje. Encik suami hantar sampai LRT, dan aku akan teruskan rutin harian naik tren. Turun kereta, seluk handbeg, raba – raba cari kad touch n go.

Ok. Takde.

Adusssss.. mana pulak ni..??

Sekarang aku baru teringat, semalam anak dara aku yang sorang tuh ada main handbeg aku. Mungkin kah terkeluar time itu?

Atau.

Adakah tercicir masa kitorang singgah ker pasar malam semalam?

Adusss…

Aku baru top up. Top up RM 50 ringgit ye. Ulang suara. LIMA PULUH RINGGIT.

Hmmm…


Sesapa ada jumpa kad touch and go aku, sila pulang kan balik kat aku ye. Dengan syarat kad tersebut kena ada full RM 50.