Bangun pagi dengan rasa semangat. Semangat membara nak pergi office. Ok. Itu ada lah sangat tidak benar. Takde makna nya nak rasa ada perasaan tu sekarang ni. Selagi boss sebenar tak balik dari bercuti, selagi tu lah kami rasa tersiksa. Kihkihkih.
Hakikatnya, aku pergi office pagi tadi dengan perasaan biasa – biasa saje. Encik suami hantar sampai LRT, dan aku akan teruskan rutin harian naik tren. Turun kereta, seluk handbeg, raba – raba cari kad touch n go.
Ok. Takde.
Adusssss.. mana pulak ni..??
Sekarang aku baru teringat, semalam anak dara aku yang sorang tuh ada main handbeg aku. Mungkin kah terkeluar time itu?
Atau.
Adakah tercicir masa kitorang singgah ker pasar malam semalam?
Adusss…
Aku baru top up. Top up RM 50 ringgit ye. Ulang suara. LIMA PULUH RINGGIT.
Hmmm…
Sesapa ada jumpa kad touch and go aku, sila pulang kan balik kat aku ye. Dengan syarat kad tersebut kena ada full RM 50.
kalau aku jumpa aku dok ronda satu kl guna kasi habis dl baru return back
ReplyDeleteAhh takper. Aku dah jumpa dah kad aku tuh... hahaha
ReplyDelete